iQIYI hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan GSC Movie untuk membawa lebih banyak filem dari China ke pawagam-pawagam di Malaysia. Mereka juga mengumumkan kerjasama dengan Clover Films iaitu penyedia pawagam di Singapura.

Antara filem awal yang akan di bawa dengan kerjasama ini adalah Trending Topic arahan Xin Yukun yang akan tiba selepas tayangan di China pada 1 Disember dan juga The Invisible Guest arahan Chen Zhuo yang akan ditayangkan di China pada 8 Disember 2023.

Selain filem baharu tersebut, iQIYI sebelum ini telah mengedarkan Break Through the Darkness, Hachiko, dan Ping Pong: The Triumph.

Sohor Kini