Acara sulung Nimbus Esports Festival sudah dianjurkan dengan jayanya sepanjang hujung minggu lepas di Sunway Geo Avenue yang memperlihatkan kejohanan esukan, pelbagai aktiviti dan juga aneka jerayawara di buka untuk pengunjung.
Acara anjuran Nimbus Games dengan sokongan oleh Kementerian Belia dan Sukan, dan kerjasama bersama Team HAQ serta Malaysian Esports Association (MESF) ini memperlihatkan 4 permainan dipertandingkan iaitu PUBG Mobile, Mobile Legends: Bang Bang, Valorant dan Tekken 8 yang melibatkan 120 pasukan untuk merebut hadiah terkumpul RM30 ribu.
Selepas pertandingan yang sengit sepanjang dua hari, berikut adalah senarai pemenang untuk setiap permainan:
PUBG Mobile
- TELO Esports
- SEM 9
- Don’t Break Dreams
- 4W
- H8 Mega Esports
- MYSG x VIP
Mobile Legends Bang Bang
- Monster Vicious
- DMA ELAPORT
- Jik Farm
- RRQ Rizki & Friend
Valorant
- Team Path
- SANKAI
- Landscape Esports
- After Hours
Tekken 8
- MEA | MZHR
- MYFGC | ARENZ
- REF.KBM | Jill Sandwich
- Stylo_DX
Selain dapat melihat kejohanan esukan ini, pengunjung juga dapat melakukan pelbagai aktiviti lain yang disediakan seperti bermain EA Sports FC 24, bermain permainan arked, mencuba permainan perlawanan dan juga menonton kejohanan Mini 4WD. Mereka juga boleh mencuba permainan yang dibangunkan oleh Nimbus Gaming seperti Malice.
Pengunjung juga berpeluang untuk memenangi cabutan hadiah dengan hadiah utama adalah iPhone dan konsol PlayStation 5. Pelbagai cosplay juga digayakan di mana kesemua mereka di bawa diberikan penghargaan semasa acara penutup.
Berehat daripada pelbagai aktiviti ataupun bermain, pelbagai jerayawara makanan juga dibuka untuk memberikan pelbagai pilihan makanan kepada pengunjung, ditambah lagi dengan acara ini dianjurkan berhampiran dengan restoran-restoran di Sunway Geo Avenue.
Dengan ini adalah penganjuran sulung, penganjur mengatakan yang terdapat pelbagai penambah-baikkan yang boleh dilakukan dan mereka akan menjadikan acara ini lebih baik dan lebih meriah di masa hadapan.