Team SMG Mendapatkan Slot Kedua Bagi Malaysia Ke M5

Kejohanan M5 Wildcard yang dianjurkan buat julung kalinya di Kuala Lumpur hujung minggu lepas telah memperlihatkan Team SMG menjadi pasukan Malaysia kedua yang mendapat slot ke M5, menyertai Homebois yang telah layak sebelum selaku juara untuk MPL MY S12.

Team SMG bermain dengan cemerlang sepanjang kejohanan Wildcard ini dengan memenangi kesemua perlawanan di peringkat kumpulan sebelum mengalahkan Imperio di peringkat penentuan untuk melayakkan diri ke M5.

Selain Team SMG, Team Lilgun dari Mongolia juga mendapat slot tambahan untuk ke M5, mereka juga mempunyai prestasi yang sama dengan menang kesemua perlawanan di peringkat kumpulan dan diikuti menang mudah di peringkat penentuan mengalahkan Niightmare.

Sohor Kini