Oppo hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan Epic Games untuk menawarkan Fortnite melalui Oppo App Market yang gedung aplikasi yang khusus untuk peranti Android oleh Oppo untuk pasaran Malaysia, Filipina, Vietnam dan India.

Fortnite sebelum ini telah dibuang penawarannya daripada Google Play Store kerana Epic Games ingin meletakkan cara pembayaran mereka yang tersendiri di permainan tersebut. Ia juga dibuang daripada App Store atas sebab yang sama.

Selain itu, Oppo juga telah mengumumkan yang Fornite menyokong sesi permainan 90FPS di Oppo Find N3 dan akan diikuti oleh Find X3 Pro, Find X5 Pro, Find X6 Pro dan Reno10 Pro+.

Sohor Kini