Penganalisa pasaran permainan mudah alih SuperScale telah mengeluarkan laporan terbaru mengenai permainan mudah alih (dikongsi oleh Games Industry). Menurut laporan tersebut, 83% permainan mudah alih yang dilancarkan akan ditutup selepas 3 tahun dilancarkan.
Walaupun dengan jumlah kegagalan yang besar tersebut, 78% pembangun masih lagi lebih terbuka untuk membangunkannya. Laporan tersebut juga mengatakan yang 43% permainan mudah alih dibatalkan semasa pembangunan lagi dan 30% pembangun merasakan berpendapat keadaan pasaran sekarang menjadikan permainan sukar untuk berjaya.
Bagi pendapatan pula, 76% permainan mudah alih mencatat pendapatan tertinggi pada tahun pertama pelancaran dan hanya 4% sahaja permainan mencapai jumlah yang sama pada tahun kedua.
50% permainan mudah alih menggunakan konsep ‘live service’ akan tetapi hanya 38% yang mengeluarkan kandungan baharu secara kerap dan hanya 5% permainan terus menerima sokongan selepas 7 tahun dilancarkan.