Studio Kembara hari ini telah mengumumkan yang Amir Ahnaf akan membawa watak Andak di dalam filem sekuel Mat Kilau yang dijangka akan ditayangkan pada tahun 2024. Mereka tidak mengumumkan lagi judul projek baharu ini.

Mereka sebelum ini mengumumkan akan hadir dengan filem sampingan untuk Mat Kilau yang akan memfokuskan kepada watak-watak lain, sebelum Mat Kilau 2 tiba kemudian. Buat masa ini tidak disahkan fokus bagi filem seterusnya berdasarkan Mat Kilau ini terutama dengan ia tidak lagi melibatkan Syamsul Yusof, pengarah filem pertama dan Adi Putra pelakon untuk Mat Kilau ketika filem pertama.

Studio Kembara sebelum ini telah mengumumkan pelakon-pelakon lain yang terlibat seperti Hazwani Helmi sebagai Minah, Heliza Helmi sebagai Siti, Amerul Affendi sebagai Tobah, Ali Karimi sebagai Brahim, Andy Teh sebagai Sachai, Syed Ali Murtadha sebagai Nadim, Tissa Biani sebagai Besah, Wan Hanafi Su sebagai Tok Gajah, Geoff Andre Feyaerts sebagai Kapten Syers, dan Wak Di sebagai Jalak.

Sohor Kini