Mastercard Ingin Bawa 10 Pemain Ke Kejohanan Akhir VCT Dan Worlds 2024

Mastercard telah mengumumkan Mastercard Gamer Academy iaitu satu program khusus untuk peminat permainan video dan juga esukan. Melalui program ini mereka ingin mencari 10 pemain untuk diberikan pengalaman esukan yang menyeluruh.

10 pemain yang terpilih akan menerima:

  • Perjalanan ditanggung sepenuhnya untuk ke Valorant Champions 2024, League of Legends Worlds 2024
  • Berpeluang untuk berjumpa dengan profesional esukan seperti G2 Hel, Gozen dan pasukan League of Legends dan Valorant
  • Sesi perkongsian secara fizikal dan juga digital mengenai kesihatan mental
  • Kurikulum pembelajaran melibatkan pengurusan jenama, pemasaran, pencipta kandungan dan penganjuran acara.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dan juga melakukan permohonan melalui pautan ini.

Sohor Kini