Limited Run Games iaitu penerbit yang memfokuskan kepada mengeluarkan versi fizikal untuk permainan-permainan Indie serta Retro telah mengumumkan yang mereka akan hadir dengan versi fizikal untuk Gigabash.

Versi fizikal ini akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, dan Nintendo Switch. Ini adalah pengeluaran yang terhad dan hanya boleh didapatkan melalui sesi pra-tempahan yang akan bermula pada 1 Disember sehingga 1 Januari 2024 dengan ia akan dilancarkan pada 7 Januari 2024.

Berminat? Anda boleh melakukan pra-tempahan melalui pautan ini pada 1 Disember ini.

Gigabash merupakan permainan brawler kaiju oleh pembangun tempatan iaitu Passion Republic Games dan sudah dikeluarkan sejak tahun lepas.

Sohor Kini