GSC telah mengumumkan yang mereka akan melakukan tayangan semula untuk filem One Piece Film Red yang ditayangkan pada tahun lepas sebelum ini. Menurut GSC, ia adalah versi “Remastered”.
Filem ini akan ditayangkan pada 28 Disember secara umum dan bagi yang ingin tonton lebih awal, mereka juga menyediakan ‘Fan’s Screening’ pada 16 Disember 2023 dan boleh dibeli bermula esok dengan harga RM100. Ia turut akan menyertakan pelbagai barangan yang diimport dari Jepun.
Buat masa ini tiket untuk tayangan umum masih tidak ditawarkan. Anda boleh melayari laman GSC untuk mengetahui lanjut mengenainya.