MetroWealth ketika acara pembukaan Festival Filem Korea 2023 telah mengumumkan yang filem kerjasama di antara Malaysia dan Korea iaitu The Lord Musang King akan ditayangkan di pawagam pada 21 Disember 2023.

Filem ini diarahkan oleh pengarah dari Korea iaitu Lee Moon Ho dan akan melibatkan pelakon-pelakon dari dua negara seperti Yusuf Bahrin, Edide Chow, Kim Bo Yeon, Kwak Dong Hyuk, Fimie Don, dan Hafidzuddin Fazil.

Filem ini memfokuskan kepada Haikal iaitu anak kepada penjual buah Samad telah dimasukkan ke penjara atas jenayah yang tidak dilakukan olehnya. Di dalam usaha untuk mengeluarkan Haikal, Samad telah meminta bantuan daripada seorang peniaga dari Korea, tetapi dia terbunuh sebelum dapat menyelamatkan anaknya tersebut.

Sohor Kini