Kedutaan Republik Korea bersama dengan GSC telah menganjurkan Festival Filem Korea (KFF) 2023 bersempena dengan ulang tahun ke-40 ‘Dasar Pandang Ke Timur’. KFF ini berlangsung bermula hari ini sehingga 26 November 2023 di GSC, Mid Valley.
Sepanjang festival ini, 5 filem dari Korea akan ditayangkan iaitu The Front Line pada 23 November, Granny Poetry Club pada 24 November 2023, Kai pada 25 November 2023, Bori pada 25 November 2023 dan Tunnel pada 26 November 2023.
Setiap filem ini mempunyai satu slot tayangan sahaja dan kemasukan adalah percuma. Tempahan tiket sudah dibuka sejak 16 November lepas, dan menurut GSC semua tiket sudah habis ditempah.
Anda boleh baca lanjut mengenai Festival Filem Korea 2023 ini melalui laman rasmi di GSC.