Wargaming hari ini telah berkongsi treler baharu untuk acara ‘Holiday Ops 2024’ mereka yang akan bermula pada 1 Disember ini. Treler tersebut melibatkan Vinnie Jones iaitu bekas pemain bola dan juga pelakon.

Sepanjang acara Holiday Ops 2024 ini, Vinnie Jones akan memberikan pelbagai cabaran dan misi untuk pemain dan boleh dapatkan ganjaran menarik jika menyelesaikannya seperti hiasan untuk kereta kebal, avatar dan pelbagai lagi.

Pemain World of Tanks dan World of Tanks Modern Armor juga boleh menggunakan Vinnie Jones sebagai krew. Anda boleh layari laman rasmi untuk maklumat lanjut mengenai acara ini.

World of Tanks sudah dikeluarkan untuk konsol, PC dan telefon pintar.

Sohor Kini