Skip to main content

Pada tahun lepas, Alex Neill telah melancarkan kempen “PS You Owe Us” untuk melakukan saman terhadap Sony mewakili pengguna PlayStation di UK.

Antara ‘masalah’ yang dikatakan adalah Sony telah mengenakan caj sebanyak 30% untuk setiap penjualan permainan di gedung digital PS Store, dan mengatakan Sony telah menyalah gunakan kedudukan mereka sebagai konsol paling popular untuk mengenakan caj tersebut yang menyebabkan permainan dijual dengan harga mahal kepada pemain.

Hari ini, Reuters telah melaporkan yang kes saman tersebut boleh diteruskan untuk dibicarakan di mahkamah. PlayStation sebelum ini mengatakan yang saman ini mempunyai pelbagai masalah dan tidak patut diteruskan.

The Competition Appeal Tribunal membenarkan kes saman ini untuk diteruskan akan tetapi mengatakan yang pengguna yang melakukan pembelian di PlayStation selepas saman ini difailkan perlu dibuang daripada senarai yang melakukan saman tersebut.

Leave a Reply