Capcom telah mengumumkan yang ‘Outfit 3’ iaitu koleksi kostum untuk Street Fighter 6 akan dilancarkan pada 1 Disember 2023. Ia akan tiba untuk 18 watak yang awal bagi permainan tersebut, dengan watak Year 1 akan tiba bersama dengan pelancaran Akuma pada awal tahun 2024.

Mengikut pelancaran sebelum ini, kostum ini boleh didapatkan menggunakan FC, tetapi buat masa ini kos untuknya masih tidak diumumkan.

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan yang Street Fighter 6 kini ditawarkan dengan potongan harga sebanyak 34% buat masa terhad di semua platform.

Street Fighter 6 sudah dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam.

Sohor Kini