Steam hari ini telah mengumumkan yang mereka akan mempermudahkan lagi pengguna untuk mencari permainan-permainan yang menyokong alat kawalan PlayStation iaitu DualShock dan DualSense, fungsi yang sebelum ini hanya ditawarkan untuk alat kawalan Xbox.

Melalui kemaskini ini, pemain boleh melayari Hab khusus untuk permainan yang menyokong alat kawalan, setiap laman permainan juga akan memperlihatkan sokongan alat kawalan yang disertakan. Pemain juga boleh mencari permainan dengan mengkhususkan untuk permainan yang menyokong alat kawalan.

Menjawab mengenai mengapa Valve ingin memberi lebih sokongan kepada alat kawalan, mereka mengatakan yang terdapat 12% pengguna Steam sering menggunakan alat kawalan untuk bermain. Pada tahun lepas terdapat 3 bilion sesi permainan menggunakan alat kawalan dan daripada jumlah tersebut;

  • 60% menggunakan alat kawalan Xbox,
  • 27% menggunakan alat kawalan PlayStation,
  • selebihnya adalah Steam Deck, Switch Pro dan model-model lain

Anda boleh baca lanjut mengenai sokongan ini di blog rasmi Steam.

Sohor Kini