Black Mirror Akan Kembali Untuk Musim Ke-7

Black Mirror akan kembali untuk musim ketujuh. Penciptanya iaitu Charlie Brooke turut akan kembali membangunkan siri TV ini bersama-sama dengan Annabel Jones dan Jessica Rhoades sebagai penerbit eksekutif.

Siri ini masih tiada senarai pelakon, jumlah episod dan sinopsis diumumkan. Black Mirror musim ketujuh akan memulakan pembangunan pada hujung tahun ini. Tetapi masih tidak pasti bila ia akan tiba di Netflix. Musim keenam tidak begitu diminati ramai kerana sudah lari dari tema asal iaitu keburukan teknologi dan menjadi seakan siri dokumentari sahaja.

Harapnya musim ketujuh akan menyentuh mengenai Gen AI dan kembali menekankan keburukan teknologi seperti musim pertama sehingga musim kelima. Sama-sama kita nantikan.

Sumber – Variety

Sohor Kini