Teamfight Tactics Kini Boleh Dimuat Turun Untuk iOS Dan Android

Seperti diumumkan sebelum ini, Riot Games akhirnya melancarkan secara rasmi Teamfight Tactics Mobile untuk pasaran Asia Pasifik iaitu Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura, Thailand, Taiwan, Vietnam, Hong Kong dan Macau.

Permainan tersebut kini boleh dimuat turun melalui App Store bagi pengguna iOS/iPadOS dan Play Store bagi pengguna Android. Teamfight Tactics Mobile ini menyokong fungsi rentas kemajuan dengan versi PC oleh itu pemain boleh bermain di kedua-dua platform menggunakan akaun yang sama.

Bersempena dengan pelancaran ini, mereka juga menganjurkan acara pelancaran yang boleh ditebus setiap hari.

Sohor Kini