Peringkat awal untuk Free Fire World Series 2023 yang telah berlangsung sejak 10 November lepas telah berakhir pada 19 November lepas yang memperlihatkan 12 pasukan terbaik daripada 18 pasukan melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

12 pasukan tersebut didahului oleh tiga pasukan dari Thailand iaitu EXP Esports, Buriram United Esports dan CGGG. Manakala wakil tunggal untuk Malaysia iaitu Expand turut layak apabila berada di tempat ke-10 di peringkat awal ini.

6 pasukan yang tersingkir adalah Hotshot Esports, MIBR, All Glory Gaming, Osaka, Furious Gaming dan WASK.

Seterusnya 12 pasukan ini akan melalui dua pusingan iaitu ‘Points Rush’ yang akan berlangsung pada 24 November dan 25 November dengan markah dikira mengikut kedudukan setiap hari, dan peringkat akhir pada 26 November dengan markah mengikut prestasi di dalam permainan.

Jika anda berminat untuk menonton peringkat akhir beramai-ramai, ‘Watch Party’ dianjurkan di ESI Hub, Puchong pada 26 November ini bermula pada 6 petang. Pelbagai aktiviti akan dilakukan dan setiap pengunjung juga akan mendapat berkas Fist of Glory secara percuma.

Sohor Kini