CD Projekt Red telah mengumumkan yang mereka akan melancarkan Cyberpunk 2077: Ultimate Edition pada 5 Disember ini yang akan menyertakan Cyberpunk 2077 bersama dengan penambahan Phantom Liberty.

Cyberpunk 2077: Ultimate Edition ini juga akan dilancarkan secara fizikal menjadikan buat pertama kali versi fizikal untuk PlayStation 5 dan Xbox Series. CDPR juga telah mengesahkan yang versi fizikal bagi PS5 akan menyertakan kod untuk Phantom Liberty, manakala untuk Xbox Series, DLC ditawarkan secara terus melalui cakera.

CDPR sebelum ini telah mengumumkan yang Phantom Liberty akan menjadi DLC terakhir bagi permainan ini dengan mereka kini memfokuskan kepada permainan baharu.

Sohor Kini