Steam bermula hari ini sehingga 29 November 2023 telah menganjurkan Jualan Promosi Musim Luruh mereka yang menawarkan pelbagai permainan dengan potongan harga. Selain itu, mereka juga telah membuka kepada semua pemain untuk mencalonkan permainan kegemaran mereka bagi Steam Awards.

Berikut adalah antara permainan menarik yang ditawarkan ketika jualan promosi ini:

  • Hogwarts Legacy – RM149.40
  • Cyberpunk 2077 – RM109.50
  • EA Sports FC 24 – RM119.50
  • Diablo IV – RM192.00
  • Starfield – RM191.20
  • F1 23 – RM95.60
  • Death Stranding Director’s Cut – RM79.50
  • Star Wars Jedi Survivor – RM143.40
  • Resident Evil 4 – RM161.04
  • Remnant II – RM109.20

Anda boleh lihat senarai permainan lain melalui pautan ini.

Bagi Steam Awards mereka menyertakan 11 kategori anugerah, termasuk juga ‘Game of the Year’, ‘Best Game on Steam Deck’ dan ‘Best Game You Suck At’. Anda boleh mencalonkan permainan kegemaran anda sepanjang jualan promosi ini melalui pautan ini dan finalis akan diumumkan serta boleh diundi ketika Jualan Promosi Musim Sejuk kelak.

Sohor Kini