Astro Shaw telah bekerjasama dengan dengan Moonton Games untuk hadir dengan siri TV komedi ‘Gamers Mangkuk’ yang memfokuskan kepada 5 rakan bertanding untuk menjadi pemain professional negara di dalam esukan Mobile Legends: Bang Bang.
Gamers Mangkuk ini akan mula ditayangkan pada 1 Disember, 9 Malam melalui Astro Premiere (Saluran 410) dan boleh distrim melalui Astro GO pada 12 tengah malam pada hari yang sama.
Siri ini diarahkan oleh Hyrul Anuar dengan penceritaan ditulis oleh Sham Hashim, Bainun Waheeda dan Haris M. Nor. Dengan senarai pelakon seperti Amir Ahnaf, Taufik Izmir, Nick Davis, Sara mack Lubis dan Sathisvaran.
Gamer Mangkuk akan mempunyai 8 episod yang akan tiba secara mingguan.