Skip to main content

Pasukan T1 sekali lagi menjadi juara untuk kejohanan terbesar League of Legends iaitu World Championship (Worlds) 2023, iaitu kemenangan keempat mereka di dalam kejohanan ini, rekod yang sama dipegang oleh pemain senior mereka Lee Sang-hyeok (Faker) yang bersama dengan organisasi tersebut sejak tahun 2014.

Dengan kemenangan ini, mereka menebus kekecewaan pada Worlds 2022 yang memperlihatkan mereka dikejutkan oleh satu lagi pasukan dari Korea Selatan iaitu DRX yang tidak layak ke kejohanan kali ini selepas prestasi yang kurang baik di peringkat kelayakan.

Selain itu, Riot Games juga telah mengumumkan yang peringkat akhir untuk World Championship 2024 akan berlangsung di The O2, London pada 2 November 2024.

Leave a Reply