Skip to main content

Selepas pusingan kelayakan yang berlangsung sepanjang hujung minggu lepas, pasukan-pasukan yang layak ke kejohanan ESL One Kuala Lumpur 2023 telah diumumkan yang akan melibatkan 12 pasukan dari pelbagai benua.

3 pasukan yang menyertai pasukan jemputan adalah Gaimin Gladiators dari Eropah dan dua pasukan dari China iaitu LGD Gaming dan Azure Ray. Juara T10 iaitu Team Spirit sepatutnya menyertai mereka akan tetapi akibat masalah kesihatan mereka tidak dapat menyertainya.

Slot Team Spirit sebaliknya diberikan kepada satu lagi pasukan dari Eropah Barat, iaitu Team Secret yang menyertai Team Liquid selaku juara pusingan kelayakan. Dua pasukan dari Eropah Timur adalah BetBoom dan 9Pandas, diikuti Team Falcons mewakili Timur Tengah dan Afrika Utara, Invictus Gaming mewakili China, Blacklist International mewakili Asia Tenggara, TSM mewakili Amerika Utara dan Wawitas Sagazes mewakili Amerika Selatan.

Mereka akan melawan untuk merebut hadiah terkumpul $1 juta bermula pada 11 Disember sehingga 17 Disember 2023.

Leave a Reply