Skip to main content

Naughty Dog telah mengumumkan yang The Last of Us Part II Remastered untuk PlayStation 5 akan dilancarkan pada 19 Januari 2024 yang akan menyertakan penambah-baikkan grafik dan juga mod permainan baharu iaitu roguelike.

The Last of Us Part II pertama kali dikeluarkan pada tahun 2020 untuk PlayStation 4, dan boleh dimainkan di PlayStation 5 melalui keserasian belakang. Melalui versi terbaru ini, ia dibangunkan secara khusus untuk PlayStation 5 dan akan membawa kualiti yang sama dengan The Last of Us Part I.

Versi ini akan menyertakan pilihan grafik 4K untuk Fidelity Mode, 1440p upscaled ke 4K untuk Performance Mode, sokongan VRR, dan peningkatan kualiti tekstur, animasi dan bayang. Ia juga akan menyokong DualSense sepenuhnya.

Mod baharu yang diperkenalkan adalah No Return iaitu roguelike survival, pemain boleh menggunakan mana-mana watak daripada permainan ini dan perlu melawan dengan pelbagai penjahat dengan gaya-gaya berbeza.

Pemain boleh mempertingkatkan tahap watak dengan cara berbeza untuk sesi berlainan dan akan mendapatkan lebih banyak watak dan kostum. Pemain juga boleh menguji kemahiran melalui Daily Run yang mempunyai ‘global leaderboard’.

The Last of Us Part II Remastered juga akan menyertakan pelbagai kandungan di belakang tabir untuk pemain lebih mengetahui bagaimana Naughty Dog menghasilkan permainan ini. Ini termasuklah, perkongsian daripada Neil Druckmann, Halley Gross , Troy Baker, Ashley Johnson dan Laura Bailey.

Buat masa ini mereka tidak mengumumkan lagi harga untuknya, tetapi dijangka ditawarkan dengan harga RM299. Mereka juga mengumumkan pemilik versi PS4 boleh naik taraf dengan bayaran $10, yang kebiasaannya di Malaysia adalah RM50.

Leave a Reply