Skip to main content

Harold & Kumar adalah trilogi filem komedi mengenai dua rakan baik lakonan John Cho dan Kal Penn. Filem ini boleh dikatakan adalah komedi mengarut dan sesuai ditonton oleh penonton dewasa sahaja. Setakat ini telah terdapat tiga filem iaitu Harold & Kumar Go to White Castle (2004), Harold & Kumar Escape from Guantanamo Bay (2008) dan A Very Harold & Kumar Christmas (2011). Siri animasi francais ini iaitu Harold and Kumar: The Animated Series tidak berjaya diteruskan.

Terbaru, selepas sekian lama mempunyai idea dan berbincang filem keempat Harold & Kumar akan diteruskan dengan John Cho da Kal Penn kembali. Jon Hurwitz dan Hayden Schlossberg  iaitu penulis pengarah dan penulis francais ini turut akan kembali dan mereka yang mengesahkan filem ini akan dibangunkan kerana telah dipersetujui oleh Cho serta Penn.

Leave a Reply