Filem Star Wars Arahan Taika Waititi Mungkin Akan Dibenci Ramai

Taika Waititi adalah pengarah yang terkenal dengan pelbagai filem komedi. Beliau mula dikenali ramai selepas mengarah filem Thor: Ragnarok dan kemudian Free Guy. Terbaru, beliau telah menyatakan yang orang ramai mungkin akan memarahi beliau kerana filem Star Wars yang beliau arah nanti.

Ini kerana filem Star Wars beliau adalah filem dengan gaya beliau, iaitu akan ada banyak elemen komedi. Tidak sama seperti orang yang yang membenci filem Thor: Love and Thunder, saya sukakan filem ini kerana elemen komedinya – jadi saya mungkin tergolong dalam minoriti yang akan menyukai filem Star Wars beliau akan datang.

IG-11 Lakonan Suara Taika Waititi

Filem Star Wars arahan beliau akan mengisahkan watak baharu dan mengembangkan lagi dunia Star Wars. Taika Waititi turut dikatakan akan berlakon dalam filem ini. Namun begitu, filem ini masih tiada tarikh tayangan lagi kerana beliau akan hadir dengan filem aksi nyata Akira terlebih dahulu.

Sohor Kini