Mr. And Mrs. Smith Ke Prime Video 2 Februari 2024 Akan Datang

Mr. and Mrs. Smith iaitu filem aksi komedi espionaj dan perisikan lakonan Brad Pitt dan Angelina Jolie telah diolah semula menjadi siri TV 8 episod di Prime Video. Siri ini disahkan akan mula disiarkan bermula 2 Februari 2024 nanti. Menariknya, Prime Video akan menyiarkan kesemua episod serentak dan bukan secara mingguan seperti kebanyakan siri TV mereka.

Siri ini mempunyai penceritaan yang sedikit berbeza kerana watak lakonan Donald Glover dan Maya Erskine adalah dua individu yang tidak mengenali satu sama lain tetapi ingin hidup mewah dengan bekerja sebagai perisik dan melakukan espionaj. Untuk itu mereka berdua perlu berkahwin dan menggunakan identiti baharu iaitu John Smith dan Jane Smith. Suatu hari selepas pelbagai misi yang merbahaya dan rumit, kedua-dua perisik ini mula jatuh cinta.

Sohor Kini