Skip to main content

Sweet Home iaitu K-Drama mengenai virus yang tersebar dan mengubah manusia menjadi raksasa akan kembali untuk musim kedua di Netflix bermula 1 Disember ini. Hari ini, Netflix telah menerbitkan treler pertama bagi siri TV ini.

Ia diarahkan oleh Lee Eung-bok dan Park So-hyeon. Pelakon yang membintangi siri ini adalah Song Kang, Lee Jin-wuk, Lee Si-young, Ko Min-si, Jung Jin-young, Yoo Oh-seong, Oh Jung-se, Kim Moo-yeol dan Park Gyu-young.

Dalam musim kedua, manusia mula menyedari yang kebanyakan daripada mereka adalah raksasa sebenar kerana di luar sana raksasa semuanya berasal dari manusia dan kali ini mungkin ada perasaan. Jadi bergantung kepada setiap individu untuk menilai moral masing-masing, siapakah raksasa sebenar di dunia fiksyen ini.

Leave a Reply