Skip to main content

PUBG Mobile telah mengumumkan kerjasama seterusnya mereka bersama dengan pengeluar kereta mewah, dan kali ini bersama dengan Pagani iaitu pengeluar kereta dari Itali.

Kerjasama ini bermula pada 10 November lepas dan berlanjutan sehingga 7 Januari 2024 dengan 2 model kerata disertakan di dalam permainan. Kedua-dua model kereta ini juga menerima warna yang khusus untuk PUBG Mobile.

Selain memandu kereta tersebut, pemain juga boleh dapatkan payung terjun Pagani, dan juga barangan kosmetik iaitu baju, seluar, kasut dan cover. Kereta ini juga merupakan sebahagian daripada sistem PUBG Mobile Collection yang baru diperkenalkan.

PUBG Mobile sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Leave a Reply