Starbreeze iaitu penerbit untuk permainan Payday 3 telah mengumumkan prestasi kewangan mereka bagi suku ketiga 2023 dan juga prestasi pada tahun ini. Antara yang diumumkan adalah Payday 3 yang dilancarkan pada 21 September telah mendapat balik kos pembangunan melalui jualan semasa awal pelancaran.
Mereka juga mengatakan yang akibat pelbagai masalah teknikal selepas pelancaran, jualan untuk permainan tersebut tidak setinggi seperti yang diharapkan, namun yakin dengan kemampuan untuk menambah-baik permainan tersebut dan meningkatkan semula penjualan untuknya.
Menurut Starbreeze lagi, Payday 3 kini memasuki fasa ‘live service‘ oleh itu pembangunan akan memfokuskan kepada fungsi-fungsi baharu dan juga melakukan penambah-baikkan untuk fungsi sedia ada.
Payday 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.