Jika anda seorang pembaca komik yang tegar, anda pasti tahu bahawa aplikasi Comixology kini berada di ambang penutupan selepas pengambilalihan oleh Amazon. Terkini, syarikat tersebut dilaporkan telahpun memberi notis kepada pengguna Comixology bahawa aplikasi tersebut akan ditamatkan pada 4 Disember ini.

Amazon turut mengatakan bahawa selepas tarikh tersebut, kesemua jilid-jilid komik di Comixology akan dipindahkan ke Kindle. Ciri seperti progres bacaan dan sebagainya akan dipindahkan dari Comixology ke Kindle, dan penuras Comics & Manga akan diperkenalkan untuk mereka yang mahu memisahkan penyenaraian bahan bacaan mereka.

Perkara ini juga bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Versi web Comixology telah ditutup sejak 2022, dengan pengintegrasian Comixology kedalam Kindle dilakukan secara berperingkat. Dalam pada itu, Amazon juga telah membuang keseluruhan pasukan pembangun Comixology apabila mereka membuang sejumlah besar pekerja mereka sendiri pada tahun ini.

Sohor Kini