Bytedance yang terkenal dengan penawaran TikTok, telah mengambil-alih Moonton sekitar dua tahun lepas. Ketika itu, langkah Bytedance menarik perhatian ramai, apabila mereka dilihat akan memfokuskan arena permainan video dengan mengambil-alih Moonton pada nilai $4 bilion.

Namun, kini hadir laporan mengatakan Bytedance sedang mempertimbangkan untuk menjual Moonton. Ia tidak diketahui lagi siapakah antara yang berpotensi membelinya daripada Bytedance.

Bytedance dikatakan mengambil langkah ini dalam usaha memfokuskan kepada perniagaan teras mereka, dan mengurangkan belanja pada perniagaan bukan teras. Sebelum ini juga, Bytedance telah dilihat mengurangkan sejumlah bilangan pekerja pada Pico, iaitu syarikat memfokuskan realiti-maya yang turut dibeli Bytedance.

Sohor Kini