Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) hari ini mengumumkan Dana Esukan KBS. Melaluinya, peruntukkan khusus sehingga RM25,000 untuk menganjurkan program, pertandingan dan acara esukan – sekaligus merancakakan lagi ekosistem esukan negara.

Untuk pertubuhan, kelab, persatuan atau syarikat yang memerlukan bantuan dana, boleh melakukan permohonan sehingga 30 November 2023 kelak.
KBS menyediakan dana sebanyak RM250,000 dibawah inisiatif Dana Esukan KBS ini, dan menyatakan semua yang menerima dana ini perlu menganjurkan program yang diluluskan sebelum 31 Januari 2024. Bagi anda yang berminat, boleh menyemak laman Dana Esukan KBS hari ini.