Netflix turut telah mengambil-alih satu siri TV dari HBO Max iaitu Dead Boy Detectives sebuah drama berasaskan komik DC oleh Neil Gainman. Siri ini dikatakan akan berlaku dalam mesta yang sama dengan The Sandman.
Siri ini mempunyai lapan episod dan mengisahkan Edwin Payne (George Rexstrew) dan Charles Rowland (Rayden Revri) iaitu dua remaja yang telah mati dan menubuhkan agensi penyiasatan Dead Boy Detectives dengan bantuan rakan mereka yang masih hidup Crystal (Kassisus Nelson) serta Niko (Yuyu Kitamura). Masing-masing menyelesaikan kes mistik seperti ahli sihir yang terlepas, urusan neraka serta kematian.

Siri ini dihasilkan oleh Steve Yockey bersama-sama dengan Beth Schwartz dengan Greg Berlanti sebagai penerbit eksekutif. Siri ini turut dibintangi oleh Jenn Lyon, Briana Cuoco, Ruth Connell, Lukas Gage dan David Iacono. Buat masa ini, tarikh siaran masih belum didedahkan lagi.