Nampaknya moto Captain Marvel iaitu Higher, Further, Faster tidak boleh digunakan pada The Marvels kerana filem ini telah menjadi filem pertama MCU dengan kutipan pembukaan paling rendah. Bukan itu sahaja, filem ini turut menjadi filem sekuel MCU yang paling tidak menerima sambutan.

Setakat ini, The Marvels telah mengutip $109,028,697 (~RM514,615,449) untuk pasaran global dan $46,110,859 (~RM217,643,254) untuk domestik. Ini adalah lebih rendah berbanding pembukaan domestik Ant-Man tahun 2015 yang hanya mengutip $57,225,526 (~RM270,104,482). Disney menyasarkan untuk mengutip sekitar $140 juta untuk filem MCU yang ke-33 ini yang mempunyai bajet lebih $220 juta (~RM1,038,400,000).

Baca ulasan – Ulasan The Marvels

Sohor Kini