Netflix telah mengembalikan semula siri animasi Masters of the Universe. Tetapi baru-baru ini Deadline melaporkan yang platform penstriman video popular ini telah membatalkan perancangan mereka untuk adaptasi filem aksi nyata. Terkini, Amazon MGM Studio dikatakan sedang dalam perbincangan untuk mengambil alih daripada Netflix.

Netflix membatalkan projek filem ini kerana masalah bajet. Adam dan Aaron Nee (The Lost City) akan menjadi penulis, diterbit pula oleh Todd Black dan Kyle Lee adalah pelakon utama yang akan menjadi He-Man/Prince Adam. Buat masa ini, IP untuk animasi masih di bawah Netflix hanya untuk filem aksi nyata sahaja akan dihasilkan oleh syarikat lain.

Tiada butiran lain lagi buat masa ini begitu juga dengan sinopsis dan senarai pelakon. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini