Warner Bros. bakal hadir dengan filem Coyote vs. Acme iaitu filem hibrid animasi dengan aksi nyata bersama John Cena dan watak-watak Looney Tunes. Filem ini telah pun siap sepenuhnya tetapi Warner Bros. telah membatalkan perancangan mereka untuk menayangkan filem ini bagi menjimatkan bajet $30 juta.
Coyote vs. Acme kini akan dilelong kepada pengedar filem lain dengan nilai bidaan tertinggi. Warner Bros. menjangkakan ia akan dibeli oleh sama ada Prime Video, Apple atau Netflix. Filem ini mempunyai bajet sebanyak $70 juta dan turut dibintangi oleh Lana Condor. Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut nasib filem ini.