Kerajaan negeri Selangor hari ini telah membentangkan Belanjawan 2024, dan melaluinya, ia diumumkan peruntukkan sebanyak RM1 juta untuk pembangunan e-sukan khususnya di Selangor.

Untuk makluman, Selangor telah memulakan usaha dalam bidang e-sukan pada tahun 2014 melalui penganjuran Selangor Cyber Games. Tahun 2024 akan memperlihatkan Selangor menyokong industri berkenaan selama 10 tahun – yang kini telah berkembang menjadi salah satu industri bernilai berbilion ringgit di peringkat global, selain ia dipertandingkan pada peringkat sukan antarabangsa yang berpingat.

Ia diumumkan yang mana Selangor mengiktiraf pemain sukan elektronik sebagai atlet sukan, dan akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk kembangkan Selangor Cyber Games, disamping menubuhkan Liga E-Sukan di setiap daerah, dan mengukuhkan lagi ekosistem e-sukan.

Sohor Kini