Avatar: The Last Airbender versi aksi nyata untuk Netflix malam tadi menerima treler pertama. Ia mengisahkan seorang Avatar muda yang cuba mengusai semua elemen iaitu Air, Tanah, Api dan Udara. Setiap elemen ini mempunyai puak tersendiri dan suatu hari selepas Fire Nation menyerang puak elemen lain bagi menguasai dunia.

Ini menyebabkan Avatar muda ini iaitu Aang wakil puak Air berganding bahu bersama-sama dengan Sokka dan Katara untuk menentang Lord Ozai dengan anaknya Crown Prince Zuko dalam pengembaraan fantasi penuh aksi ini.

Berdasarkan treler, siri ini memberi vibe seakan One Piece dan juga Cowboy Bebop. Kualiti visual nampak baik, pilihan pelakon menerima maklum balas yang bercampur dan treler seolah memberitahu yang siri ini berpotensi untuk pergi lebih jauh.

Avatar: The Last Airbender dibintangi oleh Gordon Cormier sebagai Aang, Kiawentiio, Ian Ousley, Dallas Liu, Paul Sun-Hyung Lee, Daniel Dae Kim, Ken Leung dan ramai lagi. Siri ini diarahkan dan ditulis oleh Albert Kim. Siri ini akan ke Netflix bermula 22 Februari akan datang.

Sohor Kini