Masters of the Air iaitu siri TV peperangan Apple TV+ bakal tiba pada 26 Januari ini dengan 2 episod dan akan diteruskan secara mingguan sehingga 15 Mac 2024 dengan bagi 7 episod lagi. Siri ini diadaptasi dari buku Donal L. Miller dengan judul yang sama dan diolah menjadi skrip oleh John Orloff.
Ramai orang menantikan siri ini kerana diterbit oleh individu hebat seperti Steven Spielberg, Tom Hanks, dan Gary Goetzman. Selain turut melibatkan pelakon hebat seperti Austin Butler, Callum Turner, Barry Keoghan, Ncuti Gatwa, Anthony Boyle, Nate Mann, Rafferty Law, Josiah Cross dan Branden Cook. Hari ini siri ini menerima treler pertama;
Apa yang saya nampak dalam treler adalah visual siri TV peperangan yang cantik, hebat, imersif dan realistik. Apple sekali lagi membawakan kualiti visual bertaraf filem pada siri TV mereka. Siri ini nampak cukup menarik menyampaikan kisah tentera dengan pelbagai drama, konflik dan aksi yang mendebarkan.
Masters of the Air menceritakan kisah pasukan pengebom ke-100 yang kekurangan oksigen, dan dalam keadaan cuaca yang sejuk serta ketakutan mengebom pasukan Nazi dari atas udara. Siri ini akan menceritakan emosi setiap tentera bagaimana mereka ditangkap, dibunuh, dan kejayaan mereka menumpaskan Pemerintahan Ketiga Jerman.