Netflix Memperlihatkan Permua Adaptasi Siri Money Heist

Netflix sedia mempunyai sejumlah IP menarik dibawah mereka, yang kini diubah satu demi satu menjadi permainan mudah-alih. Hal ini sekaligus memberikan lebih kelainan untuk perkhidmatan penstriman Netflix, disamping pada masa yang sama mengekalkan pengguna untuk tempoh lebih lama pada permainan berkenaan.

Hari ini, pada acara khas yang dianjurkan Netflix, mereka mengumumkan sebuah permainan berasaskan kepada siri-TV Money Heist (La casa de papel).

Dinamakan sebagai Money Heist Game, ia membolehkan para pemain memainkan jalan penceritaan filem berkenaan – tetapi pemain boleh melakukan pilihan masing-masing, yang sekaligus akan mencorak jalan penceritaan permainan berkenaan.

Permainan baharu ini dijangka akan diperkenalkan kepada semua, selari dengan siri ‘Berlin” yang dijadualkan pada 29 Disember kelak.

Sohor Kini