Skip to main content

Valve sedia menawarkan konsol mudah-alih mereka tersendiri sebelum ini dinamakan Steam Deck. Selain daripadanya, hari ini Valve turut memperkenalkan kemaskini kecil pada penawaran mereka, dan kini turut menawarkan pilihan Steam Deck yang hadir dengan panel OLED.

Steam Deck versi kemaskini ini menyertakan panel OLED bersaiz 7.4-inci – sedikit besar berbanding dengan panel 7-inci berasaskan LCD pada versi asal. Namun, saiz keseluruhan Steam Deck adalah sama, membuatkan rekaan bingkai yang meliputi skrin menjadi sedikit nipis.

Disamping penawaran skrin yang lebih baik, ia juga turut memberikan pilihan storan lebih besar dan juga dikatakan menawarkan ketahanan bateri lebih baik. Bateri baharu hadir dengan kapasiti 50Whr, yang menawarkan ketahanan bateri lebih lama berbanding model sebelum ini.

Penawaran lain dari segi kuasa pemprosesan dan grafik adalah lebih kurang sama untuk kedua-dua model Steam Deck.

Steam Deck versi OLED ini juga turut hadir dengan pilihan storan sehingga 1TB. Valve akan mula menjual model baharu ini bermula 16 November 2023 kelak, disamping turut mengemaskini harga jualan model sedia ada pada harga bermula $399 untuk 256GB versi LCD.

Leave a Reply