Sony hari ini berkongsi beberapa perkembangan syarikat, dan turut menyatakan telah mengedarkan 46.5 juta unit konsol PlayStation 5 setakat ini.

Dengan perkongsian angka ini, ia memperlihatkan hampir 5 juta unit konsol baharu PlayStation 5 telah diedarkan dalam tempoh sekitar tiga bulan yang berakhir 30 September.

Sony sedia mengumumkan konsol PlayStation 5 generasi baharu yang akan dipasarkan bermula penghujung tahun ini – dimana angka jualan konsol akan terus meningkat selari pengenalannya.

Pada masa yang sama, PlayStation Network kini mempunyai 107 juta pengguna aktif – yang turut menjadi salah satu bentuk pendapatan untuk pihak Sony.

Sohor Kini