Sony sebelum ini telah mengumumkan perancangan untuk hadir dengan perkhidmatan langsung untuk permainan atau dinamakan “Live Service” menjelang Mac 2026 kelak, yang akan mempunyai sekitar 12 permainan dibawahnya.

Namun, melalui kemaskini yang dikongsikan hari ini, Sony melakukan beberapa perubahan pada sasaran berkenaan. Dibawah sasaran baharu, Sony menyasarkan sekitar 6 permainan – dimana ia dikurangkan dalam memastikan kualiti yang ditawarkan adalah tinggi.

Melalui permainan Live Service, ia dijangka menawarkan bentuk permainan secara langsung, dan mungkin menyertakan ciri multi-pemain bersama dengannya. Antara permainan yang dijangka akan diperkenalkan pada peringkat awal adalah termasuk sebuah permainan The Last of Us, dan juga sebuah permainan atas-talian Horizon.

Salah satu kelebihan permainan “Live Service” ini adalah ia menawarkan kemaskini secara berkala – dan memastikan para pemain bermain permainan berkenaan untuk jangka masa yang sangat lama, dan berbelanja melalui mikro-transaksi dalam permainan. Ini termasuk dengan menawarkan bonus harian apabila bermain, dan sebagainya.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan kejutan yang disediakan oleh Sony dalam tempoh sekitar tiga tahun lagi.

Sohor Kini