Budak Flat adalah filem ‘Amazon Original’ tempatan pertama di Prime Video. Filem ini ditulis oleh Nazri M. Annuar (KL Gangster: Underworld), June Tan (Special Force: Anarchy) dan diarahkan oleh Faisal Ishak (Juvana), Eugene Lim (Fair Game) serta Ming Jin Woo (Zombitopia).
Hari ini, treler pertama telah dipertontonkan.
Budak Flat dilihat mempunyai vibe seakan filem KL Gangster tetapi terhad di kawasan flat sahaja. Aksi yang menarik diperlihatkan dengan kualiti visual yang nampak menarik. Filem ini akan mengisahkan dua beradik dalam kumpulan gangster yang berbeza mula berperang apabila satu pembunuhan misteri telah berlaku.
Budak Flat akan ke Prime Video 16 November ini. Antara pelakon yang terlibat adalah Zahiril Adzim, Pablo Amirul, Nabila Huda, dan Dato’ Aaron Aziz.