BoBoiBoy Galaxy Sori Menerima Treler Pertama

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, BoBoiBoy Galaxy akan kembali untuk musim kedua. Siri animasi tempatan oleh Monsta ini akan dipecahkan ke 4 bahagian iaitu Sori (2023), Windara (Jun 2024), Gentar (Disember 2024) dan Gur’latan (Jun 2025).

Baru-baru ini treler pertama bagi Sori telah diperlihatkan. Monsta turut memberitahu yang kisah Sori akan digabungkan dengan kisah Qually.

Dalam treler kita boleh lihat yang BoBoiBoy dan rakan-rakan masih bekerja bersama TAPOPS. Kali ini masing-masing bertemu dengan watak makhluk asing baharu, menerokai planet baharu, BoBoiBoy ingin menaiktaraf kuasa dan turut menerima jam baharu. Elemen lucu masih dikekalkan, kualiti animasi semakin hebat dengan pergerakan setiap aksi nampak hebat.

Setiap bahagian akan mempunyai enam episod dengan jumlah kesemuanya adalah 24 episod. Siaran akan bermula di Netflix dan saluran YouTube Monsta 3 Disember ini. Ia kemudian akan tiba di saluran TV9 pada 13 Disember. Setiap bahagian akan tiba pada setiap tahun sehingga tahun 2025.

Sohor Kini