Kejohanan ESL One Kuala Lumpur bakal berlangsung di Malaysia bermula 11 hingga 17 Disember 2023, bertempat di MITEC, Kuala Lumpur. Lanjutan daripada jualan tiket untuknya, kini pihak ESL One turut berkongsi empat pasukan jemputan yang akan meriahkan acara berkenaan.
Empat pasukan yang dijemput adalah Team Spirit, Gaimin Gladiators, LGD Gaming, dan juga Azure Ray.
ESL One turut berkongsi menyatakan 8 lagi pasukan yang akan menyertainya bakal ditentukan melalui perlawanan kelayakkan yang akan berlangsung bermula 12 Disember hingga 18 November 2023.
Dengan jemputan pasukan yang menjuarai The International 10 pada bulan lepas ini, semestinya ia akan memeriahkan lagi acara ESL One. Sama-sama kita nantikan siapakah 8 lagi pasukan yang akan terpilih melalui pasukan kelayakkan yang akan berlangsung bermula minggu hadapan.