Crunchyroll merupakan salah satu perkhidmatan penstriman memfokuskan kepada anime. Melaluinya, pengguna boleh menonton pelbagai siri anime pada harga bermula RM9 sebulan. Terbaru, selain akses kepada episod baru anime semata, pengguna juga turut boleh mengakses kepada sejumlah permua khusus Crunchyroll, dibawah nama Game Vault.

Terdapat lima permua terbitan Crunchyroll yang tersedia hari ini, iaitu Street Fighter Duel, The Eminence in Shadow, MHA The Strongest Hero, Bloodline The Last Royal Vampire, dan juga One Punch Man World. Selain lima judul ini, lima permua eksklusif yang ditawarkan dibawah Crunchyroll Game Vault adalah Captain Velvet : The Jump+ Dimensions, River City Girls, Inbento, Wolfstride, dan juga Behind the Frame : The Finest Scenery.
Langkah Crunchyroll ini dilihat mengikut model sama seperti Netflix, dengan menawarkan permua kepada para pelanggan, dan mengikat pengguna pada platform masing-masing dengan penawaran lebih banyak variasi kandungan.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan langganan ke Crunchyroll dan mengakses Game Vault ini pada harga serendah RM9 sebulan.