What If…? Adalah antara projek animasi Marvel Studios untuk Disney+. Siri animasi ini turut menjadi kegemaran saya kerana menceritakan kisah alternatif yang boleh berlaku di dalam filem-filem MCU. Setiap kisah dalam siri ini berlaku di mesta berlainan iaitu tidak sama dengan Sacred Timeline.
Baca – Temuramah Bersama Pasukan Produksi Marvel Studios: What If…?
Terbaru, selepas dua tahun musim pertama disiarkan – What If…? musim kedua dikatakan akan tetap tiba pada tahun ini. Masih tiada tarikh lagi, tetapi dijangka sekitar bulan Disember nanti. Musim kedua dikatakan akan mempunyai kisah yang lebih tidak masuk akal dan akan menerokai dunia Marvel yang pelbagai termasuk Kahhori seorang wirawati zaman Konfederasi Haudenosaunee yang masih belum dijajah Amerika tetapi telah menemui Tesseract.
Baca – Ulasan What If…? – Penamat Yang Mendebarkan Tapi Tak Memuaskan