Nintendo hari ini telah mengumumkan yang mereka akan membangunkan filem aksi-nyata The Legend of Zelda dengan kerjasama bersama dengan Arad Productions. Filem ini juga akan dibiayai secara berasa oleh Nintendo dan Sony Pictures.
Shigeru Miyamoto iaitu pencipta siri permainan ini akan menjadi penerbit bersama dengan Avi Arad selaku pengerusi untuk Arad Productions manakala Wes Ball akan menjadi pengarah. Beliau adalah pengarah untuk Kingdom of the Planet of the Apes dan siri The Maze Runner.
Sony Pictures juga akan menjadi pengedar filem ini secara global.